Mari kita ikuti dialog yang menarik ini.
Syaitan telah datang menghampiri nabi Musa A.S. sebagai seorang yang memakai topi yang berwarna-warni.Namun setelah sampai,dia menanggalkan topi yang dipakainya itu.
Syaitan:Asssalamualaikum?
Nabi Musa:Waalaikumussalam.Siapa engkau?
Syaitan:Aku syaitan.
Nabi Musa:Kalau begitu semoga Allah tidak menghidupkan engkau.Apa tujuan engkau datang kemari?
Syaitan:Tujuanku adalah untuk memberi salam kepada engkau,melihat kedudukan dan darjatmu yang tinggi di sisi Allah.
Nabi Musa:Apa yang engkau pakai untuk menutup kepala?
Syaitan:Dengan topi inilah aku menyesatkan dan memperdayai manusia.
Nabi Musa:kalau begitu,apa yang engkau lakukan sehingga engkau berjaya menawan dan memperdayai manusia.
Syaitan:Apabila manusia telah terpesona dengan dirinya maka dia merasai dirinya banyak amal dan melupakan dosanya.Aku ingin mengingatkan kau tiga perkara wahai Musa:
1.Janganlah berjanji untuk melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya kerana sesungguhnya syaitan akan bersamanya sehingga dia memungkiri segala janjinya.
2.Janganlah berazam untuk bersedekah kerana syaitan akan bersamanya sehingga dia lalai dan lupa untuk bersedekah.
3.Janganlah berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrim di tempat yang sunyi kerana sesungguhnya syaitan akan menjadi orang ketiga sehingga mereka melakukan perbuatan zina.Maka dengan wasiat yang diberikan oleh syaitan itu,tahulah nabi Musa A.S. agenda syaitan dalam menyesatkan manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment